Kesimpulan


Kebanyakan sumbangan yang sains dan teknologi di dunia islam seperti bidang astronomi ditemukan oleh orang islam tetapi kemudiannya diambil alih oleh barat akibat kecuaian umat islam itu sendiri dalam mempertahankannya selain usaha barat yang mencemburui era keemasan itu sebelum ianya hancur dirempuh oleh tentera Mongol di abad ke 13. Tradisi keilmuan dunia islam seterusnya mengalami gerhana panjang sehingga ke hari ini akibat ketandusan pemikiran dan ilmu-ilmu pengetahuan moden yang selari dengan ajaran islam dalam menghadapi ancaman sains dan teknologi barat yang jelas membelakangkan sifat keinsanan yang ada dalam setiap manusia itu sendiri.
Kegagalan melihat sains dan teknologi sebagai pemangkin dalam meningkatkan kesejahteraan dan martabat umat, memberikan kesan yang sangat negatif dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam seperti yang dibanggakan pada suatu masa dahulu. Isu-isu yang selalu dibangkitkan ialah bagaimana negara-negara Islam yang mempunyai penduduk majoriti di planet bumi ini dapat mempelopori penemuan dan ciptaan baru dalam sains dan teknologi selepas beberapa abad menjadi pengguna dan pengekor kemajuan teknologi barat yang belum tentu dapat dimanfaatkan dalam kesibukan dunia globalisasi kini.

1 comment:

Popular Posts