Thursday 23 March 2017

Tokoh Islam Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Serta Sumbangan Beliau : AL-JAZARI


AL JAZARI









LATAR BELAKANG


Nama sebenar al-Imam Ibnu al-Jazari ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin `Ali bin Yusuf al-Jazari al-Dimasyqi. Beliau digelar sebagai Abu al-Khair. Beliau dilahirkan pada malam Sabtu 25 Ramadhan 751 Hijriah di Dimasyq, Syam. Di Dimasyq inilah beliau dibesarkan dan menjadi tempat beliau tamat menghafaz al-Quran ketika beliau berusia 14 tahun lagi. Apabila beliau membesar beliau lebih cenderung untuk mendalami ilmu al-Qiraat daripada masyayikh-masyayikh yang ada pada ketika itu. Al-Jazari merupakan seorang ilmuwan Islam yang tersohor dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan robotik


SUMBANGAN

Al-Jazari (1136-1206) sarjana Arab Muslim yang terkenal sebagai seorang perekacipta dan jurutera mekanikal. Nama beliau masyur melalui penghasilan kitabnya yang terkenal, Al-Jami ‘bayn al- ‘ilm wa ‘l- amal al- Nafi’ fi sina ‘at al-hiya; (Ringkasan Tentang Teori dan Amalan Berguna daripada Seni Mekanikal). Kitab ini mempunyai nilai tradisi Islam yang sangat signifikan dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Selepas 800 tahun kematiannya, dunia sains moden masih mengkaji hasil kerja beliau malahan memberi pengiktirafan yang tinggi.

Di kalangan ilmuwan moden, kitab ini masih relevan hingga hari ini walaupun sudah berusia ratusan tahun. Di samping pencapaiannya sebagai seorang pereka cipta dan jurutera, al- Jazari juga merupakan seorang seniman mahir. Ini ditunjukkan daripada hasil karya beliau melalui manuskrip-manuskrip yang ditemui, memaparkan penerangan terperinci fungsi kesemua rekaannya dengan bantuan penerangan daripada ilustrasi model mini. Hinggakan para pengkaji boleh membina semula model yang diilhamkan.
               

          
             BIDANG MEKANIKAL DAN ROBOTIK
 

Hasil daripada penguasaan beliau dalam bidang kejuruteraan mekanikal, Al-Jazari diangkat sebagai Bapa Kejuruteraan Moden. Dan tidak ketinggalan gelaran Bapa Robotik kerana telah memperkenalkan dan mencipta cara menghasilkan robot. Selain itu juga disebabkan   rekaan robot humanoidnya. Malahan, sepatutnya nama Al-Jazari diangkat setaraf dengan Leonardo da Vinci. Nama lengkap Al-Jazari ialah al-Shaikh Ra’is al-A` mal Badi `al-Zaman Abu al- ’Izz bin Isma` il ibn al-Razzaz al-Jazari. Gelaran “Ra’is Al-A `mal” menunjukkan bahawa beliau adalah seorang ketua jurutera, sementara Badi` al-Zaman dan Al-Shaikh adalah gelaran kehormat yang menunjukkan kedudukan beliau yang amat istimewa dan amat disanjungi.





mekanikal untuk sistem pengairan



PENCIPTAAAN SISTEM AIR

Selain itu, antara sumbangan al-jazari adalah mereka bentuk dan menghasilkan sistem mengangkat barang-barang berat dari kapal ke pelabuhan dan dari pelabuhan ke kapal, mencipta air pancut yang mengeluarkan bunyi yang merdu dan pelbagai, sistem automatik dan istimewa, Akan tetapi sumbangan beliau yang paling besar adalah mencipta sistem mengepam air dari dalam tanah menggunakan gear untuk disalurkan kepada masjid dan hospital melalui sistem perpaipan. Beliau juga sepatutnya diiktiraf sebagai pencipta gear kerana bukan sahaja telah mencipta sistem gear itu lebih 200 tahun sebelum Leonardo Da Vinci tetapi telah mencipta sistem pembekalan air menggunakan sistem gear tersebut.

Gambar ini merupakan model pam air yang dicipta oleh Al-Jazari



2 comments:

  1. Berikut mengenai Al-Jazari merupakan input yg baru bagi saya dimana beliau merupakan seorang Bapa Robotik dimana telah mencipta peralatan yang bergerak secara automatik atau menggunakan sistem robotik/mekanikal.

    ReplyDelete
  2. info yang baguss,keep it up!

    ReplyDelete

Popular Posts