Wednesday 22 March 2017

Tokoh Islam Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Serta Sumbangan Beliau : AL-KHAWARIZMI

AL-KHAWARIZMI



LATAR BELAKANG

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu, beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yussof. Al-Khawarizmi telah dikenali di Barat sebagai al-khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Belaiu telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Beliau berketurunan Parsi. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Ubeskitan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad. Tarikh kelahiran dan kematian beliau yang tepat tidak dapat diketahui.


SUMBANGAN

  • MATEMATIK

Memperkenalkan sistem nombor India (kini dikenali angka Arab) yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga 9. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol yang mewakili nilai-nilai tertentu.



Beliau memperkenalkan beberapa proses pengiraan termasuk operasi dan pecahan. Tokoh pertama yang memperkenalkan algebra dan matematik. Antara cabang matematik yang  diperkenalkan beliau seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.


Memperkenalkan penggunaan angka dalam karyanya DeNumero Indorum yang berkaitan dengan aritmetik. beliau menerangkan tentang angka sifar. Dengan adanya angka sifar, operasi tambah, tolak, darab, bahagi, kuasa, log, konsinus dan lain-lain dapat diselesaikan dengan mudah, malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat. Angka sifar yang diperkenalkan olehnya dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah degan sebutan cifre, chiffre dan zero. Melalui angka sifar akan diterbitkan nombor yang mencapai infiniti.




Sistem angka juga dapat dikaitkan dengan bidang lain termasuk astronomi yang membolehkan meramal gerhana, menentukan planet-planet dan lain-lain.


Dalam konsep algebra (aljabar - ilmu persamaan), al-Khawarizmi memperkenalkan kaedah penyelesaian tersusun dan sistematik sehingga digelar Bapa Ilmu Algebra. Karya algebra beliau - Hisab al Jabal wa al-Muqabalah. Buku beliau yang memperkenalkan kaedah armetrik al-Jabar telah diterjemahkan dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan di universiti-universiti Eropah sejak abad ke 12 hingga 16M.


Beliau orang pertama yang mengajar algebra dalam bentuk mudah dan menyelesaikan banyak permasalahan seperti pewarisan, pembahagian harta pusaka dan perniagaan melaui karyanya.


Al-Khawarizmi telah membangunkan bidang triginometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi fungsi sin. Beliau menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang membantunya mengusau konsep perbezaan. Karyanya beliau yang lain - Kitab al-Jam'a bil Hisab al-Hindi berkaitan dengan konsep aritmetik


  •  GEOGRAFI

Al-Khawarizmi telah membetulkan pandangan Ptolemy mengenai geografi termasuk dalam melakar peta dunia. Beliau adalah saintis pertama melakar peta dunia pada tahun 830M. Menghasilkan karya geografi - Kitab Surat al- Ard. Kitab ini telah diterjemahkan bersama petanya ke dalam bahasa lain.


Peta tanah arab yang dilakar  oleh  Al-Khawarizmi


  • ASTRONOMI

Pembangunan ilmu kaji bintang dan ilmu falak oleh Al-Khawarizmi memberi sumbangan besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi. Hasil kerjaya beliau turut meliputi kerja-kerja berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang.



Beliau banyak menghasilkan karya astronomi dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa asing. antaranya Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat (buku berkenaan alat yang menunjukkan waktu dengan baay arragan matahari). Khalifah al-Makmum telah melantik al-Khawarizmi sebagai penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap yang didirikan oleh baginda di Baghdad.




4 comments:

  1. Macamana awak tahu no india sedangkan waktu itu belum ada negara india lagi? Boleh bagi penerangan sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. india dulu ade kerajaan besar so sistem pendidikan dah selaras, sama macam china

      Delete
  2. Berhati-hati dgn sumber info sbb ada manusia yg kitab nabi2 dulu pun ada yg diubah@dipinda spt kitab Injil, Taurat dsbgnya.....mohon maaf, kita kena berhati-hati....

    ReplyDelete
  3. Las Vegas, NV | MGM National Harbor Casino Hotel
    Experience all the fun and excitement of Las Vegas, 순천 출장샵 Nevada, with MGM 김천 출장마사지 National Harbor 광주광역 출장마사지 Casino Hotel. 화성 출장안마 We 천안 출장마사지 offer the most exciting slots,

    ReplyDelete

Popular Posts