Thursday 30 March 2017

Tokoh Islam Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Serta Sumbangan Beliau : AL-BIRUNI



AL-BIRUNI




Abu Raihan Muhammad bin Ahmad Al-Biruni
 (973 - 1048)


SEJARAH LATAR BELAKANG AL-BIRUNI


Abu Raihan Muhammad bin Ahmad Al-Biruni, ilmuwan terkenal ini dilahirkan pada 362 H bulan September 973 M, di kota Khath yang merupakan ibu kota kerajaan Khawarizm, Turkmenistan (kini kota Kiva, wilayah Uzbekistan). Ia lebih dikenali dengan nama Al-Biruni.
Beliau merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang surut air laut. Selain itu, beliau dapat menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar serta  mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat meyukat ketumpatan.

Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah.




SUMBANGAN AL-BIRUNI TERHADAP PERKEMBANGAN PERADABAN  ISLAM DI DUNIA.


  • KARYA AL-BIRUNI 
 Buku astronomi - The Elements of Astrology




      Buku berjudul Al-Jawahir atau Book of Precious Stones

  • DALAM BIDANG FIZIK DAN MATEMATIK.
  •      Teori dan amali aritmetik
  •      Penjumlahan siri
  •      Peraturan tiga
  •     Teori nisbah
  •     Definisi algebra
  •     Geometri
  •     Pembahagian tiga sudut 


  •     DALAM BIDANG ASTRONOMI
Ilustrasi dari kerja-kerja astronomi Al-Biruni, menjelaskan fasa yang berlainan bulan 



Menggambarkan kaedah yang dicadangkan dan digunakan oleh Al-Biruni untuk menganggarkan jejari dan lilitan Bumi


Empat arah dan bahagian Politik Iran oleh Al-Biruni


  •   DALAM BIDANG OPTIK

Dalam bidang optik, Al-Biruni termasuk ilmuwan yang pertama bersama Ibnu Al-Haitham yang mengkaji dan mempelajari ilmu optik. Beliau yang pertama menemukan bahawa kepantasan Cahaya lebih cepat dari kepantasan suara.

v 


  • DALAM BIDANG ANTROPOLOGI



Thursday 23 March 2017

Tokoh Islam Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Serta Sumbangan Beliau : AL-JAZARI


AL JAZARI









LATAR BELAKANG


Nama sebenar al-Imam Ibnu al-Jazari ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin `Ali bin Yusuf al-Jazari al-Dimasyqi. Beliau digelar sebagai Abu al-Khair. Beliau dilahirkan pada malam Sabtu 25 Ramadhan 751 Hijriah di Dimasyq, Syam. Di Dimasyq inilah beliau dibesarkan dan menjadi tempat beliau tamat menghafaz al-Quran ketika beliau berusia 14 tahun lagi. Apabila beliau membesar beliau lebih cenderung untuk mendalami ilmu al-Qiraat daripada masyayikh-masyayikh yang ada pada ketika itu. Al-Jazari merupakan seorang ilmuwan Islam yang tersohor dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan robotik


SUMBANGAN

Al-Jazari (1136-1206) sarjana Arab Muslim yang terkenal sebagai seorang perekacipta dan jurutera mekanikal. Nama beliau masyur melalui penghasilan kitabnya yang terkenal, Al-Jami ‘bayn al- ‘ilm wa ‘l- amal al- Nafi’ fi sina ‘at al-hiya; (Ringkasan Tentang Teori dan Amalan Berguna daripada Seni Mekanikal). Kitab ini mempunyai nilai tradisi Islam yang sangat signifikan dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Selepas 800 tahun kematiannya, dunia sains moden masih mengkaji hasil kerja beliau malahan memberi pengiktirafan yang tinggi.

Di kalangan ilmuwan moden, kitab ini masih relevan hingga hari ini walaupun sudah berusia ratusan tahun. Di samping pencapaiannya sebagai seorang pereka cipta dan jurutera, al- Jazari juga merupakan seorang seniman mahir. Ini ditunjukkan daripada hasil karya beliau melalui manuskrip-manuskrip yang ditemui, memaparkan penerangan terperinci fungsi kesemua rekaannya dengan bantuan penerangan daripada ilustrasi model mini. Hinggakan para pengkaji boleh membina semula model yang diilhamkan.
               

          
             BIDANG MEKANIKAL DAN ROBOTIK
 

Hasil daripada penguasaan beliau dalam bidang kejuruteraan mekanikal, Al-Jazari diangkat sebagai Bapa Kejuruteraan Moden. Dan tidak ketinggalan gelaran Bapa Robotik kerana telah memperkenalkan dan mencipta cara menghasilkan robot. Selain itu juga disebabkan   rekaan robot humanoidnya. Malahan, sepatutnya nama Al-Jazari diangkat setaraf dengan Leonardo da Vinci. Nama lengkap Al-Jazari ialah al-Shaikh Ra’is al-A` mal Badi `al-Zaman Abu al- ’Izz bin Isma` il ibn al-Razzaz al-Jazari. Gelaran “Ra’is Al-A `mal” menunjukkan bahawa beliau adalah seorang ketua jurutera, sementara Badi` al-Zaman dan Al-Shaikh adalah gelaran kehormat yang menunjukkan kedudukan beliau yang amat istimewa dan amat disanjungi.





mekanikal untuk sistem pengairan



PENCIPTAAAN SISTEM AIR

Selain itu, antara sumbangan al-jazari adalah mereka bentuk dan menghasilkan sistem mengangkat barang-barang berat dari kapal ke pelabuhan dan dari pelabuhan ke kapal, mencipta air pancut yang mengeluarkan bunyi yang merdu dan pelbagai, sistem automatik dan istimewa, Akan tetapi sumbangan beliau yang paling besar adalah mencipta sistem mengepam air dari dalam tanah menggunakan gear untuk disalurkan kepada masjid dan hospital melalui sistem perpaipan. Beliau juga sepatutnya diiktiraf sebagai pencipta gear kerana bukan sahaja telah mencipta sistem gear itu lebih 200 tahun sebelum Leonardo Da Vinci tetapi telah mencipta sistem pembekalan air menggunakan sistem gear tersebut.

Gambar ini merupakan model pam air yang dicipta oleh Al-Jazari



Popular Posts